Tuesday, August 18, 2009

Perasaan bila sedang menunggu keputusan GCE Peringkat O

Perasaan saya bila sedang menunuggu untuk menerima keputusan GCE Peringkat O bahasa Melayu sangat menyeramkan. Pada hari ini, Rabu, 19 Ogos 2009, saya akan menerima keputusan yang boleh atau tidak boleh mengubah hidup saya. Saya juga amat takut jikalau tidak mendapat keputusan yang baik kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Walaubagaimanapun, kalau saya tidak mendapat A1 , saya tetap harus mengambil ujiannya lagi. Saya mendoa kepada Allah S.W.T supaya keputusan saya memuaskan. Amin.

Wednesday, August 12, 2009

KARANGAN NARATIF

“ Nak, jaga diri baik-baik ya. Kami akan selalu menyayangimu walaupun kamu jauh.” Itulah kata-kata ayah Hasni kepadanya yang hampir membuat air mataku mengalir. Hasni dan aku sepupu dan ibu bapanya telah menjagaiku sejak kecil lagi bila ibu bapaku meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan yang tragik. Kini, kami sudah berumur sembilan belas tahun dan akan ke Amerika untuk melanjuti pelajaran di California Universiti.

Walaupun aku amat rapat dengan keluarga Hasni, aku tidak dapat merasai kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Kadang kala, aku merasai bahawa aku adalah beban kepada mak cik dan pak cikku. Tetapi, aku tidak mempunyai pilihan lain. Keputusan untuk melanjutkan pelajaranku di Amerika juga adalah pilihan mak cik aku supaya aku boleh menjaga Hasni bila di negeri orang lain. Aku hanya mampu tersenyum dan mengikuti arahan mereka.

“Penduduk-penduduk di pesawat SQ 255 ke Amerika sila menaiki pesawat sekarang”. Pengumuman untuk kami menaiki pesawat pun diberi. Aku hanya mampu melihat air mata yang berlinangan daripada mak cik dan pakcikku sambil mereka memeluk-meluk Hasni. Kemudian, lamunan aku terputus. Aku teringatkan wajah ibu bapaku yang sedang bersenyum kepadaku. Aku tersedar bahawa aku sangat merindui kasih sayang daripada kedua ibu bapaku. Air mataku lalu menitis.

“Sarah! Jaga dirimu dan Hasni baik-baik ya.” Aku pun memeluk mak cik dan pak cikku. Tanpa disedari, aku dan Hasni telah lewat untuk menaiki pesawat kami. Kami pun berlari kerana takut ditinggal.

Hari Kebangsaan Singapura




Hari Kebangsaan Singapura disambut pada 9 Ogos 2009, Ahad yang lalu. Ramai orang telah pergi menyambut hari jadi Singapura di Marina Bay. Oleh kerana tidak membeli tiket untuk menonton persambutan di Marina Bay, saya hanya menontonnya di televisyen. Saya amat bangga dengan kejayaan Singapura selama 44 tahun dan bagaimana ia telah membesar untuk menjadi negara yang maju di zaman ini. Oleh itu, saya berasa bahawa hari kebangsaan Singapura harus diraikan dengan penuh semangat dan kegembiraan. Hari kebangsaan Singapura disambuti oleh semua warga negara Singapura tidak kira warna kulit ataupun umur. Persambutan di Marina Bay amat hangat dan ramai orang telah memakai baju merah kerana bendera Singapura adalah merah dan putih. Banyak persembahan di sembahkan seperti nyanyian, joget dan lain-lain lagi. Saya amat cemburu apabila menonton di televisyen dan melihat bahawa semua orang di Marina Bay sedang bersuka ria. Bunga api yang berwarna warna juga meletup dengan cantik.