Thursday, April 23, 2009

Contoh-contoh Yang Baik


Dialog cuaca Klimaks

“Boohoo… Ahmad…. Boohoo…,” Aku terjaga dari tidur apabila medengar namaku dipanggil.. Suara yang nyaring itu mengacau suasana diam di dalam bilik kamarku. Pintu bilik tiba-tiba tertutup dan jendelaku terbuka serta angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Aku takut. Suara itu bersambungan. Suara itu seperti kepunyaan arwah ibuku yang baru-baru ini telah dibunuh.


Angin malam yang dingin bertiup sepoi sepoi bahasa membuat bulu roma di belakang tengkukku berdiri tegak. Sambil membiarkan fikiranku menerawang sejenak, tiba-tiba lamunanku terhenti dengan kewujudan bayangan putih di luar tingkap kamarku. “Ish, adakah mataku bermain-main dengan mindaku?” hatiku berkata sendirian.Lebih baik aku tidur sekarang.


Kepenatanku hilang ditenangkan oleh malam yang sungguh nyaman dan mengerdip cantik. Aku berehat di atas katil sambil didodoi angin malam yang sayu.“Keceplanng!!!”Bunyi yang amat kuat itu membuatku tersentak dari tidurku. Kemudian suasana mula berubah. Suasana yang sunyi dan tenang itu mula membuat jantungku berdegup-degup kencang.“Apa yang pecah agaknya? Mahu kata kakak tetapi aku sahaja di rumah seorang.”bisik hatiku dengan kehairanan. Angin yang kencang menyepak-nyepak mukaku sebaik sahaja aku buka pintu.“Krreeakk!!” bunyi pintuku yang lama itu memecah sunyi malam.

Contoh Surat Rasmi

Surat Rasmi

Permulaan

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.

Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …
..Jika diizinkan, kami ….
Akhir sekali kami bercadang untuk ……

Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

PenutupSurat

PermohonanSaya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Atau

Surat Aduan

Semoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Surat Kiriman- Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Yasmin Bte Mohammad Yusuf
Blk 943 Tampines Ave 5
#04-271
Singapura 520943

21 April 2009


Pengurus
SISTIC Pte Ltd2 Stadium Walk

#01-08
Singapore Indoor Stadium
Singapura 397691

Tuan/Puan:
Perkara: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang pekerja anda dan perkhidmatannya yang kurang memuaskan. Saya amat kecewa dengan tingkah laku pekerja anda dan sikapnya terhadap saya.


Tiga hari yang lalu, saya telah menempah dua tiket untuk konsert David Archuleta yang akan datang pada minggu hadapan melalui internet. Saya pun lalu ke kaunter Sistic yang terdekat dengan rumah saya iatu di Tampines Mall untuk mengambil tiket-tiket tersebut. Oleh kerana tidak mempunyai kad kredit, tiket-tiket yang berjumlah $180 telah dibayar dengan kad kredit ayah saya.

Sampai sahaja di kaunter Sistic, pekerja yang bernama Susan Tan hanya berbuat bodoh dan berbual di telefon bimbitnya walaupun saya sudah memberi ucapan kepadanya. Saya harus melambai tangan kepadanya untuk menarik perhatiannya. Dia lalu meletak telefon bimbitnya dan berbisik kepada dirinya bahawa saya tidak boleh bersabar. Dia lalu marah dengan saya dan mula menaikan suaranya kepada saya kerana saya telah terlupa untuk membawa kad pengenalan ayah saya. Dia juga berkata bahawa orang Melayu seperti saya ini semua leceh. Kemudian dia menyuruh saya untuk pergi dan datang balik jika ada dokumen-dokumen tersebut sahaja.

Saya amat kecewa dengan sikap pekerja anda terhadap saya. Dia sepatutnya mengatasi situasi ini dengan cara yang profesional. Saya harap anda akan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya orang lain tidak akan terlibat dalam situasi seperti gini. Terima kasih.

Yang Benar
Yasmin

Thursday, April 2, 2009

Hari Persahabatan Antara Bangsa


Sambutan Hari Persahabatan Antara Bangsa di Sekolah Kamu

Sambutan hari persahabatan antarabangsa diadakan di sekolah saya pada bulan Ogos.
Pada hari ini, kami meluahkan masa untuk berkumpul bersama rakan-rakan yang berbangsa lain. Kami akan membuat pertukaran hadiah dan berbalas-balas hadiah seperti kad, bunga, cokolat dan lain-lain lagi. Selain itu, sekolah saya mengadakan persembahan di dewan sempena hari persahabatan antara bangsa. Kumpulan-kumpulan seperti military band, tarian Melayu, tarian Cina, drama club dan lain-lain lagi akan mempersembahkan persembahan mereka. Tiada banyak kesusasteraan dalam sejarah Persahabatan Antarabangsa apabila kami menyambut hari itu.
Persahabatan Antara telah dihargai sejak permulaan atas kehidupan manusia di dunia ini.Hadiah-hadiah yang mereka menukarkan ialah kad-kad yang menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.Pada tahun lalu, sekolah kami mengadakan penyambutan Persahabatan Antarabangsa.Pada pendapat saya, hari Persahabatan Antarabangsa adalah penting kerana ia boleh menunjukkan bagaimana kami memberi kasih sayang dan penghargaan pada apa yang mereka telah melalukan untuk kita.





Tips untuk Karangan

Definisi
Informasi
Analysis

Idea
Bukti(kasi contoh)
Ulasan kecil(mini conclusion)

Kesimpulan(Conclusion)
Ummph