Thursday, April 23, 2009

Contoh-contoh Yang Baik


Dialog cuaca Klimaks

“Boohoo… Ahmad…. Boohoo…,” Aku terjaga dari tidur apabila medengar namaku dipanggil.. Suara yang nyaring itu mengacau suasana diam di dalam bilik kamarku. Pintu bilik tiba-tiba tertutup dan jendelaku terbuka serta angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Aku takut. Suara itu bersambungan. Suara itu seperti kepunyaan arwah ibuku yang baru-baru ini telah dibunuh.


Angin malam yang dingin bertiup sepoi sepoi bahasa membuat bulu roma di belakang tengkukku berdiri tegak. Sambil membiarkan fikiranku menerawang sejenak, tiba-tiba lamunanku terhenti dengan kewujudan bayangan putih di luar tingkap kamarku. “Ish, adakah mataku bermain-main dengan mindaku?” hatiku berkata sendirian.Lebih baik aku tidur sekarang.


Kepenatanku hilang ditenangkan oleh malam yang sungguh nyaman dan mengerdip cantik. Aku berehat di atas katil sambil didodoi angin malam yang sayu.“Keceplanng!!!”Bunyi yang amat kuat itu membuatku tersentak dari tidurku. Kemudian suasana mula berubah. Suasana yang sunyi dan tenang itu mula membuat jantungku berdegup-degup kencang.“Apa yang pecah agaknya? Mahu kata kakak tetapi aku sahaja di rumah seorang.”bisik hatiku dengan kehairanan. Angin yang kencang menyepak-nyepak mukaku sebaik sahaja aku buka pintu.“Krreeakk!!” bunyi pintuku yang lama itu memecah sunyi malam.

No comments:

Post a Comment