Thursday, April 23, 2009

Surat Kiriman- Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Yasmin Bte Mohammad Yusuf
Blk 943 Tampines Ave 5
#04-271
Singapura 520943

21 April 2009


Pengurus
SISTIC Pte Ltd2 Stadium Walk

#01-08
Singapore Indoor Stadium
Singapura 397691

Tuan/Puan:
Perkara: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang pekerja anda dan perkhidmatannya yang kurang memuaskan. Saya amat kecewa dengan tingkah laku pekerja anda dan sikapnya terhadap saya.


Tiga hari yang lalu, saya telah menempah dua tiket untuk konsert David Archuleta yang akan datang pada minggu hadapan melalui internet. Saya pun lalu ke kaunter Sistic yang terdekat dengan rumah saya iatu di Tampines Mall untuk mengambil tiket-tiket tersebut. Oleh kerana tidak mempunyai kad kredit, tiket-tiket yang berjumlah $180 telah dibayar dengan kad kredit ayah saya.

Sampai sahaja di kaunter Sistic, pekerja yang bernama Susan Tan hanya berbuat bodoh dan berbual di telefon bimbitnya walaupun saya sudah memberi ucapan kepadanya. Saya harus melambai tangan kepadanya untuk menarik perhatiannya. Dia lalu meletak telefon bimbitnya dan berbisik kepada dirinya bahawa saya tidak boleh bersabar. Dia lalu marah dengan saya dan mula menaikan suaranya kepada saya kerana saya telah terlupa untuk membawa kad pengenalan ayah saya. Dia juga berkata bahawa orang Melayu seperti saya ini semua leceh. Kemudian dia menyuruh saya untuk pergi dan datang balik jika ada dokumen-dokumen tersebut sahaja.

Saya amat kecewa dengan sikap pekerja anda terhadap saya. Dia sepatutnya mengatasi situasi ini dengan cara yang profesional. Saya harap anda akan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya orang lain tidak akan terlibat dalam situasi seperti gini. Terima kasih.

Yang Benar
Yasmin

2 comments:

  1. Bagus!!Syabas!!Good!!Tetapi boleh meperbaiki lagi...

    ReplyDelete
  2. Ada hanya ada satu masalah. Anda perlu ada lebih dari dua masalah untuk ditengahkan untuk mendapat markah yang cermelang. Dan juga bagaimanakah knosert beliau bagos???? macm tak gerek je??

    ReplyDelete