Tuesday, March 31, 2009

Oral

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan.

Pada pendapat saya,belajar secara kumpulan dan belajar secara sendirian ada kebaikan dan keburukan masing-masing.


Jika kita belajar secara berkumpulan, kita dapat mengongsi idea dan buah fikiran antara satu sama lain. Dengan cara ini, kerja kita dapat dihabiskan dalam masa yang singkat. Jika kita tidak pasti akan sesuatu, kita juga boleh meminta pertolongan daripada kawan-kawan yang sedang belajar bersama kita. Malahan, belajar secara kumpulan ada keburukannya juga. Jika berada dengan kawan-kawan, kemungkinan besar yang kita akan berbual-bual dan tidak akan berkonsentrasi dalam kerja. Ini akan melibatkan kerja kita untuk tidak sempurna.


Jika kita belajar bersendirian, kita akan menumpuhkan masa untuk belajar sahaja. Kita tidak akan khuatir jika kerja kita tidak sempurna kerana tidak ada orang lain yang akan mengacau. Tetapi, oleh kerana kita bekerja bersendirian, masa yang diambil mungkin akan lebih daripada masa tertentu oleh kerana hanya satu minda sahaja yang sedang memikir.

Thursday, March 26, 2009

Perkara Yang Membuat Saya Gembira

Isnin 23 Mac 2009

Pada hari Isnin yang lalu, saya dan kakak saudara saya, Sazilah telah pergi ke konsert 'Coldplay' di Stadium Tertutup Singapura. Saya amat gembira apabila mendapat tahu bahawa Aba telah membelikan kami dua tiket ke konsert Coldplay yanga berjumlah $180. Ini adalah kali pertama saya ke konsert dan hati saya berlonjak dengan gembira apabila mendapat tahu bahawa saya akan menonton konsert kumpulan kegemaran saya. Konsert itu sepatutnya bermula pada pukul lapan tetapi mereka lewat dan konsertnya bermula pada pukul sembilan. Oleh kerana kita membeli tiket lambat, tempat duduk kita di belakang sekali tetapi pentas dapat dilihat dengan jelas. Lebih daripada 12 000 ribu ramai orang hadir untuk konsert itu. Kumpulan Coldplay amat terkenal dengan muzik 'alternative rock' mereka. Konsert itu berjalan selama satu jam setengah dan kami amat puas dengan persembahan mereka. Jikalau kumpulan Coldplay mendatang ke Singapura lagi, saya tentu akan ke konsert mereka.

Thursday, March 19, 2009

Impian Saya

Cuti Sekolah Bulan Mac

IMPIAN SAYA-CIKGU


Impian saya bila sudah menghabis sekolah ialah untuk menjadi seorang guru. Untuk menjadi seorang guru,saya harus banyak bersabar. Saya juga pula suka sama kanak-kanak. Walaupun mereka boleh menjadi bising dan tidak boleh menduduk diam, saya amat suka melayani kanak-kanak. Seorang guru juga dapat menolong murid-muridnya jika dalam masalah. Kita dapat mengongsi pengalaman dengan murid-murid. Akhirnya, gaji seorang guru juga agak lumayan. Tetapi, seorang guru boleh rasa tertekan dengan kerja yang diberi.

Aktiviti Kegemaran Saya

Cuti Sekolah Bulan Mac

BOWLING


Aktiviti kegemaran saya ialah bowling. Saya selalu pergi bowling bersama kawan-kawan dan sudara mara saya. Kami selalu bowling di Downtown East E-Hub atau pun Safra di Tampines. Bayaran untuk setiap permainan ialah tiga dolar lebih dan untuk menyewa kasut, harganya sedolar. Pada mulanya, saya tidak tahu bermain bowling tetapi setelah diajar dan banyak mengulangkaji, saya boleh bermain bowling. Tempat bowling di E-Hub tutup pukul 4 pagi. Saya amat gemar bermain bowling.

Kucing Saya

Cuti Sekolah Bulan Mac

Kucing Saya



Ini ialah kucing saya yang bernama Fluffy. Kita namakan dia Fluffy kerana bulunya amat tebal. Pada bulan Jun ini, dia akan berumur sebelas tahun. Fluffy telah bersama keluarga saya lebih dari sepuluh tahun dan kami amat menyanyanginya. fluffy gemar makan dan tidur. Dia selalu membawa hiburan dalam keluarga saya. Saya tidak tahu hendak membuat apa kalau dia meninggalkan kami. Tiada kucing lain yang boleh mengambil tempatnya. Fluffy sangat istimewa dan selalu dimanjakan oleh kami.

Taman Tema yang Ingin Saya Lawati

Cuti Sekolah Bulan Mac

UNIVERSAL STUDIOS HOLLYWOOD



Taman tema yang ingin saya lawati ialah Universal Studios Hollywood. Ia terletak di Los Angeles, Amerika. Universal Studios telah digelarkan sebagai tempat hiburan yang amat dikenali di Los Angeles. Taman tema ini bukan sahaja mempunyai banyak permainan tetapi ia juga mempunyai pawagam yang amat besar, kedai-kedai yang bernama dan tempat makan yang yang tercanggih. Taman tema ini sesuai untuk seluruh keluarga. Walaupun saya telah gi Amerika, saya tidak sempat ke Taman Tema Universal Studios Hollywood kerana kesuntukan masa. Jika dimurahkan rezeki, saya tentu akan pergi ke taman tema ini.

Thursday, March 12, 2009

Filem Yang Pernah Saya Tontoni



SLUMDOG MIILIONAIRE





Filem yang pernah saya tontoni ialah Slumdog Millionaire. Saya telah tontoninya dengan ayah saya. Cerita ini tentang seorang budak yang bernama Jamal Malik. Dia,abangnya,Salim dan ibunya tinggal di kampung di India dan mereka amat msikin tetapi sejak dia memasuki acara 'Who Wants To Be A Millionaire', dia telah memenangi sejatu dolar.

Sejak kecil lagi, dia telah menghadapi pelbagai masalah. Ibunya telah meninggal dunia setelah dibunuh oleh orang-orang Hindu yang benci dengan agama Islam. Jamal dan abangnya dapat melarikan diri.

Untuk mencari makanan dan tempat tinggal, mereka akan ke tempat pembuangan sampah sarap. Malangnya, mereka telah diambil oleh sindiket ke subuah rumah yang besar yang penuh dengan budak-budak kecil. Ada yang buta, ada yang tidak boleh berjalan dan macam-macam lagi. Di rumah yang besar itu, Jamal menjumpa Lathika, perempuan yang amat cantik dan manis.
Selepas mereka mendapat tahu bahawa mata Jamal akan dibuta, mereka pun curik lari daripada rumah itu. Tetapi, Lathika tidak sempat untuk lari dan ditangkap.
Oleh kerana itu, Salim hendak memasuki acara "Who Wants To Be A Millionaire"
supaya dapat menjumpa Lathika,gadis yang dia amat sayangi dan bukan kerana hendak memenangi wang tunai. Semua soalan-soalan di acara itu adalah tentang hidup Jamal bersama abangnya, Salim dan juga Lathika.
Cerita ini telah mengajar saya supaya jangan berputus asa bila hendak mengejar impian kita.