Thursday, March 12, 2009

Filem Yang Pernah Saya Tontoni



SLUMDOG MIILIONAIRE





Filem yang pernah saya tontoni ialah Slumdog Millionaire. Saya telah tontoninya dengan ayah saya. Cerita ini tentang seorang budak yang bernama Jamal Malik. Dia,abangnya,Salim dan ibunya tinggal di kampung di India dan mereka amat msikin tetapi sejak dia memasuki acara 'Who Wants To Be A Millionaire', dia telah memenangi sejatu dolar.

Sejak kecil lagi, dia telah menghadapi pelbagai masalah. Ibunya telah meninggal dunia setelah dibunuh oleh orang-orang Hindu yang benci dengan agama Islam. Jamal dan abangnya dapat melarikan diri.

Untuk mencari makanan dan tempat tinggal, mereka akan ke tempat pembuangan sampah sarap. Malangnya, mereka telah diambil oleh sindiket ke subuah rumah yang besar yang penuh dengan budak-budak kecil. Ada yang buta, ada yang tidak boleh berjalan dan macam-macam lagi. Di rumah yang besar itu, Jamal menjumpa Lathika, perempuan yang amat cantik dan manis.
Selepas mereka mendapat tahu bahawa mata Jamal akan dibuta, mereka pun curik lari daripada rumah itu. Tetapi, Lathika tidak sempat untuk lari dan ditangkap.
Oleh kerana itu, Salim hendak memasuki acara "Who Wants To Be A Millionaire"
supaya dapat menjumpa Lathika,gadis yang dia amat sayangi dan bukan kerana hendak memenangi wang tunai. Semua soalan-soalan di acara itu adalah tentang hidup Jamal bersama abangnya, Salim dan juga Lathika.
Cerita ini telah mengajar saya supaya jangan berputus asa bila hendak mengejar impian kita.

No comments:

Post a Comment