Thursday, March 26, 2009

Perkara Yang Membuat Saya Gembira

Isnin 23 Mac 2009

Pada hari Isnin yang lalu, saya dan kakak saudara saya, Sazilah telah pergi ke konsert 'Coldplay' di Stadium Tertutup Singapura. Saya amat gembira apabila mendapat tahu bahawa Aba telah membelikan kami dua tiket ke konsert Coldplay yanga berjumlah $180. Ini adalah kali pertama saya ke konsert dan hati saya berlonjak dengan gembira apabila mendapat tahu bahawa saya akan menonton konsert kumpulan kegemaran saya. Konsert itu sepatutnya bermula pada pukul lapan tetapi mereka lewat dan konsertnya bermula pada pukul sembilan. Oleh kerana kita membeli tiket lambat, tempat duduk kita di belakang sekali tetapi pentas dapat dilihat dengan jelas. Lebih daripada 12 000 ribu ramai orang hadir untuk konsert itu. Kumpulan Coldplay amat terkenal dengan muzik 'alternative rock' mereka. Konsert itu berjalan selama satu jam setengah dan kami amat puas dengan persembahan mereka. Jikalau kumpulan Coldplay mendatang ke Singapura lagi, saya tentu akan ke konsert mereka.

No comments:

Post a Comment