Tuesday, March 31, 2009

Oral

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan.

Pada pendapat saya,belajar secara kumpulan dan belajar secara sendirian ada kebaikan dan keburukan masing-masing.


Jika kita belajar secara berkumpulan, kita dapat mengongsi idea dan buah fikiran antara satu sama lain. Dengan cara ini, kerja kita dapat dihabiskan dalam masa yang singkat. Jika kita tidak pasti akan sesuatu, kita juga boleh meminta pertolongan daripada kawan-kawan yang sedang belajar bersama kita. Malahan, belajar secara kumpulan ada keburukannya juga. Jika berada dengan kawan-kawan, kemungkinan besar yang kita akan berbual-bual dan tidak akan berkonsentrasi dalam kerja. Ini akan melibatkan kerja kita untuk tidak sempurna.


Jika kita belajar bersendirian, kita akan menumpuhkan masa untuk belajar sahaja. Kita tidak akan khuatir jika kerja kita tidak sempurna kerana tidak ada orang lain yang akan mengacau. Tetapi, oleh kerana kita bekerja bersendirian, masa yang diambil mungkin akan lebih daripada masa tertentu oleh kerana hanya satu minda sahaja yang sedang memikir.

1 comment:

  1. Wow Yasmin, kamu pergi ke konsert Coldplay? Saya sangat iri hati dengan kamu tau! Coldplay adalah band yang telah saya minati sejak saya kecik. Sejak saya berada di dalam perut mak saya lagi you! Maaf, saya bergurau sahaja ya. Cerita kamu tentang kehidupan sepanjang percutian sekolah sangat unik dan menarik sekali! Saya begitu kagum dengan kehidupan kamu yang bebas dan bernyawa. Jika boleh, ceritakan lagi tentang kehidupan kamu, ya Yasmin? Tata..

    ReplyDelete